Copyright 2017 - Custom text here
News

News (29)

Children categories

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN 2015

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN 2015 (0)

Kementerian Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2015 (K3G2015). Karnival ini telah di adakan di Sunway Resort Hotel & SPA, Bandar Sunway pada 4 hingga 6 September 2015. Karnival ini bertujuan memberi peluang kepada para graduan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Disamping itu para graduan juga berpeluang mencari peluang pekerjaan dimana banyak syarikat terkemuka membuka booth untuk peluang pekerjaan. Selain dari itu terdapat juga beberapa IPT yang mempamerkan produk-produk mereka yang berpotensi untuk dipasarkan. Sekretariat promosi dari Anjung UniMAP KL bersama beberapa orang pensyarah turut berada disana sepanjang karnival berlangsung.

View items...

 Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 melabuhkan tirai dengan UKM menjadi tuan rumah untuk zon tengah. Karnival ini telah diadakan pada 2 dan 3 April 2016 di Padang Kawad UKM. Pelbagai lapisan pelajar yang rata-ratanya datang dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan juga Perak Utara datang untuk mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pelajaran. Sekretariat Promosi Anjung UniMAP KL dibantu oleh pensyarah dari Pusat Pengajian UniMAP dan juga staf dari Bahagian Pengurusan Akademik UniMAP bertugas di situ untuk menyampaikan maklumat kepada bakal pelajar UniMAP. Semoga benjumpa lagi di KPTN 2018.

 Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 Zon Sabah telah berlangsung di One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 dan 6 Mac yang lalu.  Sekretariat Promosi Anjung UniMAP KL bersama beberapa staf dari Bahagian Pengurusan Akademik Unit Kemasukan telah berada selama dua hari di situ.

 Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 Zon Timur telah berlangsung di Perkarangan Kampus UniSZA, Kuala Terengganu. Terengganu pada 13 dan 14 Februari yang lalu.  Sekretariat Promosi Anjung UniMAP KL bersama beberapa orang pensyarah dari pusat pengajian dan juga staf dari Bahagian Pengurusan Akademik Unit Kemasukan telah berada selama dua hari di situ. Ramai pengunjung yang rata-ratanya terdiri dari pelajar sekolah, kolej matrikulasi, politeknik dan juga lepasan SPM, STPM dan Diploma telah mengambil peluang ini untuk mencari tempat untuk melanjutkan pelajaran.

 

 Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi diteruskan lagi dan kali ini bertempat di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Karnival selama 2 hari itu di adakan pada 6 dan 7 Januari 2017 di Dewan Ibnu Sirna Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Memandangkan pelajar kolej tersebut tidak begitu ramai, pihak kolej telah menjemput beberapa sekolah di seluruh Daerah Maran bagi menjayakan karnival tersebut. Sekretariat promosi Anjung UniMAP KL bersama beberapa pensyarah dari kampus induk UniMAP turut serta dalam karnival ini. Terimakasih diatas layanan yang begitu baik dari pihak kolej dan juga tak lupa masak tempoyak ikan patin yang begitu enak.

 

UniMAP telah di pilih untuk menjadi tuan rumah bagi Karnival Pendidikan Tinggi Negara Mini Zon Utara 2017. Karnival 2 hari ini diadakan pada 18 dan 19 Februari 2017 yang lalu di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP Pauh Putra. Seramai 4 orang Sekretariat Promosi Anjung KL turut terlibat dalam program ini. Karnival ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato'.Prof. Dr.Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor UniMAP.


 

      

 

 Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 telah di sempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Mac 2017 yang lalu di Padang Majlis Daerah Bera, Pahang. Pada majlis ini juga UA termasuk UniMAP bersama beberapa agensi lain mengambil peluang membuka booth pameran pendidikan kepada masyarakat setempat. Turut hadir YBhg Dato' Prof.Dr.Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor UniMAP bersama YBhg Datin.

 

 

 

Pada 10 Mac 2017 yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku Redah dan Budaya Estetik - Seni Dan Estetik. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato'.Prof.Emeritus Ir.Dr. Zainai Haji Mohamed, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP. Turut hadir dan majlis itu ialah Yang Berbahagia Dato' Prof.Dr.Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor UniMAP bersama Ybhg Datin, YBhg Prof. Dato' Dr. Mohd Najib Ahmad Dewa, Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara dan YBrs Datin Hajijah Jais, Ketua Editor Buku Sastera, wakil kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut hadir Penasihat Finas iaitu Dato' Jurey Latiff Rosli, Tan Sri Johan Jaafar dan Timbalan Naib Canselor HEPA, Ketua-ketua Jabatan selain penulis-penulis buku tersebut dan juga wakil media. Pada majlis ini juga turut diadakan Majlis Santai Naib Canselor Bersama Media dan juga Pelancaran Program Sinaran @UniMAP iaitu program khas penyinaran ilmu, bakat dan kemahiran insan.

  

  

Saturday, 25 March 2017 03:06

Karnival Pendidikan Tinggi Negara Zon Tengah

Written by

    Karnival Pendidikan Tinggi Negara melabuhkan tirai dengan USIM menjadi tuan rumah untuk zon tengah. Pelbagai lapisan pelajar yang rata-ratanya datang dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan juga Perak Utara datang untuk mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pelajaran. Sekretariat Promosi Anjung UniMAP KL dibantu oleh pensyarah dari Pusat Pengajian UniMAP dan juga staf dari Bahagian Pengurusan Akademik UniMAP bertugas di situ untuk menyampaikan maklumat kepada bakal pelajar UniMAP. Selain booth pameran UA dan IPTS, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan dari Caliph Busker, Siti Nordiana dan juga penampilan khas Didi's & Friend. Semoga benjumpa lagi di KPTN 2018.

    

  

Saturday, 25 February 2017 01:09

Karnival Pendidikan Tinggi Negara Zon Selatan

Written by

 Karnival Pendidikan Tinggi Negara Zon Selatan telah berlangsung di Padang Kawad UTHM, Batu Pahat, Johor Darul Takzim pada 25 dan 26 Februari yang lalu. Sebanyak 150 booth telah disediakan untuk UA dan IPTS membuka pameran. Sekretariat Promosi Anjung UniMAP KL bersama dua orang pensyarah dari pusat pengajian dan juga staf dari Bahagian Pengurusan Akademik Unit Kemasukan telah berkampung selama dua hari di situ. Ramai pengunjung yang rata-ratanya terdiri dari pelajar sekolah, kolej matrikulasi, politeknik dan juga lepasan SPM, STPM dan Diploma telah mengambil peluang ini untuk mencari tempat untuk melanjutka pelajaran.

 

Siri jelajah Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej-Kolej Matrikulasi 2016 melabuhkan tirainya dengan Kolej Matrikulasi Pahang menjadi tuan rumah. Sebanyak 20 UA dan beberapa IPTS telah berkampung di KMPh selama 3 hari bermula 13 Januari sehingga 15 Januari 2017. Lebih 2000 pelajar terlibat dalam karnival ini. UniMAP telah diwakili oleh sekretariat promosi Anjung UniMAP Kuala Lumpur bersama 2 PLV dari pusat pengajian. Lebih manis lagi kami dihidangkan dengan masakan popular Negeri Pahang iaitu Masak Tempoyak Ikan Patin. Terimakasih KMPh dan juga terimakasih Bahagian Matrikulasi KPM yang telah bekerjasama dengan pihak IPT didalam menjayakan karnival ini. Insyaallah jumpa lagi dalam siri Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej-Kolej Matrikulasi 2017.

  

  

Page 1 of 3
f t g m

ANJUNG UniMAP KUALA LUMPUR

Aras 26, Menara Dato Onn,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur.

No. Tel : 03-26941626/26915561/5562   No.Faks : 03-26949217

Best Viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome, 1280 x 768 resolution