Copyright 2017 - Custom text here
Anjung UniMAP Kuala Lumpur - Items filtered by date: December 2015

Siri Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi diteruskan lagi dan kali ini giliran Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sebagai tuan rumah. Seramai 3 orang staf sekretariat promosi dari Anjung KL dan 3 orang pensyarah dari Pusat Pengajian telah bertugas pada karnival selama 2 hari tersebut. Karnival tersebut telah diadakan pada 23 & 24 Disember 2015 di Dewan Minangkabau kolej tersebut. Karnival ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar-pelajar kolej. Tahniah kepada Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang telah menganjurkan karnival ini dengan jayanya.

Published in News
Friday, 18 December 2015 07:44

Karnival Kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang

Seramai 4 orang sekretariat promosi Anjung UniMAP KL telah menyertai Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang pada 18 sehingga 20 Disember 2015. Karnival selama 3 hari ini telah di adakan di Dewan Mat Kilau kolej tersebut. Pelajar dari Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang turut dibawa ke karnival ini untuk mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat pengajian di kolej matrikulasi. Selain pameran terdapat juga siri ceramah yang telah di adakan mengikut jurusan pelajar. Tahniah kepada Kolej Matrikulasi Pahang diatas penganjuran karnival ini dan jumpa lagi tahun hadapan.

Published in News

Kolej Matrikulasi Selangor telah mengadakan Karnival Pendidikan Kerjaya kolej tersebut pada 4 dan 5 Disember 2015 yang lalu. Karnival yang bertempat di Dewan Antares Kolej Matrikulasi Selangor ini turut di sertai oleh 20 buah UA di Malaysia. Selain dari pameran, terdapat juga siri taklimat kepada pelajar mengikut jurusan.

Published in News
f t g m

ANJUNG UniMAP KUALA LUMPUR

Aras 26, Menara Dato Onn,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur.

No. Tel : 03-26941626/26915561/5562   No.Faks : 03-26949217

Best Viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome, 1280 x 768 resolution