Copyright 2017 - Custom text here
Anjung UniMAP Kuala Lumpur - Items filtered by date: January 2017

Siri jelajah Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej-Kolej Matrikulasi 2016 melabuhkan tirainya dengan Kolej Matrikulasi Pahang menjadi tuan rumah. Sebanyak 20 UA dan beberapa IPTS telah berkampung di KMPh selama 3 hari bermula 13 Januari sehingga 15 Januari 2017. Lebih 2000 pelajar terlibat dalam karnival ini. UniMAP telah diwakili oleh sekretariat promosi Anjung UniMAP Kuala Lumpur bersama 2 PLV dari pusat pengajian. Lebih manis lagi kami dihidangkan dengan masakan popular Negeri Pahang iaitu Masak Tempoyak Ikan Patin. Terimakasih KMPh dan juga terimakasih Bahagian Matrikulasi KPM yang telah bekerjasama dengan pihak IPT didalam menjayakan karnival ini. Insyaallah jumpa lagi dalam siri Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej-Kolej Matrikulasi 2017.

  

  

Published in News

 Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi diteruskan lagi dan kali ini bertempat di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Karnival selama 2 hari itu di adakan pada 6 dan 7 Januari 2017 di Dewan Ibnu Sirna Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Memandangkan pelajar kolej tersebut tidak begitu ramai, pihak kolej telah menjemput beberapa sekolah di seluruh Daerah Maran bagi menjayakan karnival tersebut. Sekretariat promosi Anjung UniMAP KL bersama beberapa pensyarah dari kampus induk UniMAP turut serta dalam karnival ini. Terimakasih diatas layanan yang begitu baik dari pihak kolej dan juga tak lupa masak tempoyak ikan patin yang begitu enak.

 

Published in News
f t g m

ANJUNG UniMAP KUALA LUMPUR

Aras 26, Menara Dato Onn,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur.

No. Tel : 03-26941626/26915561/5562   No.Faks : 03-26949217

Best Viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome, 1280 x 768 resolution