Copyright 2017 - Custom text here
Anjung UniMAP Kuala Lumpur - Items filtered by date: March 2017

    Karnival Pendidikan Tinggi Negara melabuhkan tirai dengan USIM menjadi tuan rumah untuk zon tengah. Pelbagai lapisan pelajar yang rata-ratanya datang dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan juga Perak Utara datang untuk mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pelajaran. Sekretariat Promosi Anjung UniMAP KL dibantu oleh pensyarah dari Pusat Pengajian UniMAP dan juga staf dari Bahagian Pengurusan Akademik UniMAP bertugas di situ untuk menyampaikan maklumat kepada bakal pelajar UniMAP. Selain booth pameran UA dan IPTS, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan dari Caliph Busker, Siti Nordiana dan juga penampilan khas Didi's & Friend. Semoga benjumpa lagi di KPTN 2018.

    

  

Published in News

 Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 telah di sempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Mac 2017 yang lalu di Padang Majlis Daerah Bera, Pahang. Pada majlis ini juga UA termasuk UniMAP bersama beberapa agensi lain mengambil peluang membuka booth pameran pendidikan kepada masyarakat setempat. Turut hadir YBhg Dato' Prof.Dr.Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor UniMAP bersama YBhg Datin.

 

 

 

Published in News

Pada 10 Mac 2017 yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku Redah dan Budaya Estetik - Seni Dan Estetik. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato'.Prof.Emeritus Ir.Dr. Zainai Haji Mohamed, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP. Turut hadir dan majlis itu ialah Yang Berbahagia Dato' Prof.Dr.Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor UniMAP bersama Ybhg Datin, YBhg Prof. Dato' Dr. Mohd Najib Ahmad Dewa, Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara dan YBrs Datin Hajijah Jais, Ketua Editor Buku Sastera, wakil kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut hadir Penasihat Finas iaitu Dato' Jurey Latiff Rosli, Tan Sri Johan Jaafar dan Timbalan Naib Canselor HEPA, Ketua-ketua Jabatan selain penulis-penulis buku tersebut dan juga wakil media. Pada majlis ini juga turut diadakan Majlis Santai Naib Canselor Bersama Media dan juga Pelancaran Program Sinaran @UniMAP iaitu program khas penyinaran ilmu, bakat dan kemahiran insan.

  

  

Published in News
f t g m

ANJUNG UniMAP KUALA LUMPUR

Aras 26, Menara Dato Onn,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur.

No. Tel : 03-26941626/26915561/5562   No.Faks : 03-26949217

Best Viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome, 1280 x 768 resolution